♬♪♫ KUR◯K◯CCHI ♫♪♬
Master



Diaries Owner

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog saya ni.


TalkActive



Credits!

Base Code: Cikmimin
Template By: Miss 'S'
Header By: MrsBaekYeol
Edit By: Chiaki



Assalamualaikum...

*Saje-saje buat simple doodle sket... 

Kalau kita cinta dan rindu kepada bulan Ramadhan, ia tetap akan pergi. Ia akan dirindui sehingga lah ia datang kembali, namun ia tetap akan pergi. Kadangkala terasa sukar bagi diri ini untuk melepaskan bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan...

Tetapi kalau kita cinta kepada Allah, kita akan mendapatkan segala-galanya! Dia kekal abadi, Dia sentiasa bersama dengan kita setiap masa buat selama-lamanya... Dia tidak akan meninggalkan kita!

Jadi janganlah sedih dan gusar sekiranya kita berasa kita masih belum cukup memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kali ini. Janganlah risau sekiranya kita tidak nampak tanda-tanda malam lailatulqadar. Janganlah kita kecewa kalau kita xmampu nak bangun bertahajjud sedangkan kita sudah berazam untuk bangun, tetapi terlepas juga. Itu semua ada hikmahnya. Kita tunggulah Ramadhan yang akan datang, sambil memperbaiki diri selama 11 bulan yang akan datang untuk menghadapi bulan Ramadhan kelak!

Mudah-mudahan Allah terima amalan-amalan kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita setelah kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh! Aamiin..

Semoga Ramadhan kali ini menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah. Mudah-mudahan Ramadhan ini meninggalkan sedikit 'cahaya' kepada kita sebelum 'pergi'.. ^^

*note: sila menafsirkan lukisan ini dengan pandangan yang naif ye.. 


#copy from Lukisan Dakwah Islam (Facebook)