♬♪♫ KUR◯K◯CCHI ♫♪♬
Master



Diaries Owner

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog saya ni.


TalkActive



Credits!

Base Code: Cikmimin
Template By: Miss 'S'
Header By: MrsBaekYeol
Edit By: Chiaki


Spageti Makanan Laut


SPAGETI MAKANAN LAUT

Bahan-bahan:

150 gm pasta spageti
3 ekor kupang
3 ekor udang - sederhana besar
15 gm sotong - dipotong bulat
3 sudu besar tomato hancur
3 tangkai cili padi
10 gm batang saderi
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
45 ml air rebusan tulang ikan
25 ml minyak zaitun
Gula dan Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah di cincang halus seperti cili padi, batang saderi, bawang putih dan bawang merah.
  2. Selepas itu masukkan tomato hancur. Kacau.
  3. Kemudian masukkan pula udang, sotong, dan kupang. Selepas itu masukkan air rebusan tulang ikan.
  4. Selepas mendidih seketika, masukkan pasta spageti dan perasakan.
  5. Gaul rata dan masak sehingga lebih kurang dua minit.
  6. Setelah masak, hidangkan di dalam pinggan.
(rujukan daripada majalah SAJI)

SELAMAT MENCUBA :)