
Master![]() Assalamualaikum. Selamat datang ke blog saya ni. TalkActive![]() Credits!![]()
| Jom BersabarMenurut pandangan ahli falsafah Islam, penerapan sifat sabar terdiri daripada lima aspek : 1. Sabar terhadap ibadah: tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas seperti solat, puasa dan lain-lain. 2. Sabar ketika mendapat sesuatu bala atau bencana: Allah sentiasa menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana. 3. Sabar terhadap maksiat: menahan diri daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong hawa nafsu. 4. Sabar dalam perjuangan: tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran. 5. Sabar terhadap pengaruh duniawi: umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan nikmat dunia sehingga lalai dengan kepentingan hidup di akhirat. *sumber:Gen-Q |